Akaun teratakchedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Smart Tahfiz Riyadh Restu Perlukan Sumbangan Anda Semua

SMART TAHFIZ RIYADH RESTU terletak di Kuang, Selangor dan sekarang sangat memerlukan sumbangan daripada tuan puan yang dermawan.  

SMART TAHFIZ RIYADH RESTU telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam hafalan Al-Quran dan juga akademik terutamanya SPM. Ramai juga bekas pelajar yang telah melanjutkan pelajaran di Universiti di Malaysia dan juga luar negara.

Namun begitu, kami terpaksa menghadkan kemasukan pelajar baru terutama sekali pelajar perempuan. Kami tidak dapat menampung kos selenggaraan asrama dan kelas kerana kami sedang dilanda masalah kewangan yang serius. 



Fasiliti seperti Surau, Kelas dan juga Asrama kami sudah semakin terhad dan juga perlu diselenggara. Banyak bahagian yang sudah rosak dan perlu diperbaiki dengan segera untuk anak-anak ini lebih selesa menuntut ilmu.



Keadaan Surau, Kelas dan juga Bangunan Asrama

Jadi kami sedang mengusahakan untuk membina sebuah Kompleks untuk menempatkan Surau, kelas dan asrama untuk kemasukan pelajar baru. Inshaa Allah, dengan adanya bangunan kompleks ini, lebih ramai anak muda melayu Islam dapat menuntut ilmu Allah dengan lebih selesa.


Ustaz Arif Alauddin (Pengetua Riyadh Restu)


Untuk pembinaan fasa pertama bangunan kompleks ini, kami sedang mengusahakan kutipan sebanyak RM500,000. Oleh sebab itu, kami dengan berbesar hati membuka peluang kepada semua untuk sama-sama membantu atau beli saham akhirat dengan menyumbang kepada Smart Tahfiz Riyath Restu ini. 



Sumbangan Juga Akan Digunakan Untuk Pembiayaan

Pengurusan & Pelajar di Smart Tahfiz Riyadh Restu 

Sumbangan yang anda hulurkan akan digunakan sepenuhnya untuk perkara-perkara seperti di bawah:


Kos Infrastruktur

✅  Membaikpulih keperluan asrama

✅  Membaikpulih sistem elektrik & piping

✅  Membeli barangan perabot  untuk asrama yang memerlukan


Kos Pelajar

✅  Menguruskan kebajikan & keperluan pelajar

(keperluan harian, peralatan sekolah, makanan harian dan sebagainya)

  Membiayai aktiviti kecemerlangan akademik (tusyen) dan pembangunan sahsiah pelajar 


Kos Pengurusan

✅ Membiayai kos pengurusan dan kebajikan ustaz, staf serta para pelajar

✅ Membiayai kos eletrik & air

✅ Membina sistem bekalan air bersih untuk asrama.

✅ Membiayai kos pengangkutan



InsyaAllah perjalanan maahad tahfiz ini akan berjalan lancar dengan adanya sumbangan yang berterusan daripada pihak anda semua. Oleh yang demikian, hulurkanlah sedikit sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami sebagaimana hadis nabi :


" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH " 

 (HR Muslim : No 4689)


Semoga dengan infaq dan sumbangan tuan puan ini, kita tergolong dikalangan yang mengajak kepada kebaikan.
Seperti hadith : 

Baginda SAW bersabda: "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun."




Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)



Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan, kami menyediakan pakej seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :





Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah : 

Bank : BANK RAKYAT
Nama Akaun : Smart Tahfiz Riyath Restu
No Akaun :  1102088510  

Alamat: no 2154, Lorong Setia 3,
Kampung Gombak, 48050 Kuang, Selangor 

 


Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway  Toyyibpay selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada  ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Untuk transaksi daripada luar negara, boleh gunakan pilihan CREDIT/DEBIT Card melalui Payment Gateway Paypal
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi    Ustaz Arif (Pengetua Riyath Restu) +60 10-245 1052